Gerimis hujan membasahi bumi menyuburkan tanaman yang menjadi punca rezeki kepada manusia.. sekaligus mengucapkan tanda syukur kepada ALLAH dengan penuh keikhlasan..tetapi tatkala hujan membawa beban kepada mereka..mereka secara tidak langsung melemparkan tokmahan dan kejian kepada pencipta alam ini..betapa bongkaknya manusia sedemikian rupa..mereka langsung tidak menghargai apa yang telah diberikan kepada diri mereka..para pembaca..sahabat pena mendapat ilham menulis tajuk sebegini kerana sahabat pena baru sahaja selesai bermandikan air semula jadi yang turun dari langit..terasa seluruh badan berada di kawasan kutub utara..tetapi hikmahnya sahabat pena dapat merasai kesusahan insan yang kurang bernasib baik...di saat kita beratapkan bumbung mereka beratapkan langit..ketika kita dengan penuh sopannya membuang rezeki ke dalam tong sampah mereka pula dengan penuh rasa kasih sayang sanggup mencari makanan hasil sisa yang terdapat dalam tong sampah untuk memenuhi keperluan anak mereka..
Firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud: "Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: 'Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan jika kamu kufur engkar sesungguhnya azab siksaKu amatlah keras".
penuhilah jiwa kita dengan mengucapkan lafaz syukur kepada ALLAH dan sentiasa mengelakkan diri kita daripada sifat bongkak dan takabbur kerana sifat-sifat ini adalah sifat iblis naklatullah
WALLAHUA'LAM....

No comments:
Post a Comment