AHLAN WASAHLAN

AHLAN WASAHLAN

Sunday, August 21, 2011

pemburuan TERAKHIR

alhmdulillah setelah sekian lama menyepi akhirnya tergerak juga hati ini untuk menulis nasihat2-nasihat ataupun peringatan untuk kita sama bermuhasabah insyaALLAH...sebagaimana yang diketahui kita sekarang sudah berada di akhir bulan ramadhan...mungkin juga ramai yang mengetahui tentang lailatul qadar...diri ini terasa untuk mengulas sedikit berkenaan dengan lailatul qadar untuk kita semua insyaALLAH

sebelum kita mebincangkan berkenaan malam lailatul qadar ini...ingin sekali mengingatkan diri ini bersama para pembaca  supaya tidak terlalu gembira untuk menyambut eidulfitri tanpa mengetahui maksud sebenar kenapa diadakan eidulfitri...ada sesetengah masyarakat menyalah tafsir bahawa eidulfitri ini tujuannya untuk menyambut tamatnya ramadhan al mubarak...sebenarnya hari raya ini disambut untuk memberi berita gembira kepada rasulullah dan para sahabat setelah mereka bertungkus lumus mencapai kemenangan dalam peperangan badar al-kubro..


berbalik kepada malam lailatul qadar...apakah dia malam lailatul qadar:

Malam Lailatul Qadar adalah malam yang sejahtera dan selamat dari segala kejahatan dari awal malam sehinggalah terbit fajar. Memberi erti kebaikan menyelubungi sepanjang malam Lailatul Qadar. Tentulah hampa bagi mereka yang lalai yang tidak ambil berat tentang malam Lailatul Qadar, namun ia tetap datang disetiap bulan Ramadhan. 
Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya: " Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "



Bermaksud: [1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam
Lailatul-Qadar, [2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran
Malam Lailatul-Qadar itu? [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana
membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); [5]
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
Perbincangan mengenai Lalilatul Qadr, tidak dapat tidak mestilah bersandarkan
kepada Surah Al-Qadr. Surah ini diturunkan sesudah Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah
ke Madinah. Justeru, Surah Al-Qadr menceritakan sesuatu yang cukup istimewa yang
memerlukan keyakinan tinggi untuk mempercayainya.
wallahua'lam