Sudah seminggu sahabat pena bersama sahabat-sahabat di sini membuka pejabat baru..saling bekerjasama membentuk generasi muttaqin..di bawah naungan irsyad training motivation..sahabat pena sedang berusaha menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman untuk digunakan pada masa akan datang kelak..di sini sahabat pena dapat mempelajari erti ketekunan dalam kehidupan...untuk memperkembangkan sesuatu aspek..memerlukan kesungguhan yang mendalam..setiap kerja yang dilakukan memerlukan ketelitian yang mendalam...
تَرَى الْجِبَالَ تَحْسَبُهَا جَامِدَةً وَهِيَ تَمُرُّ مَرَّ السَّحَابِ صُنْعَ اللَّهِ الَّذِي أَتْقَنَ كُلَّ شَيْءٍ إِنَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَفْعَلُونَ
“Dan engkau melihat gunung-ganang lalu menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; demikianlah perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan begitu teliti (rapi). Sesungguhnya Dia (Allah)amat mendalam pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan” – an Naml:88, al Quranul Karim
Tanpa ada ketekunan dan kesungguhan,..kerja yang dilakukan tidak akan teratur...disebabkan itu untuk memikul amanah yang dipertanggungjawabkan sememangnya menjadi beban tetapi itulah pengalaman yang akan digunakan
sahabat pena pada masa akan datang..insyaALLAH.
إن الله يحب أحدكم إذا عمل عملا ان يتقنه
[ Sesungguhnya Allah menyukai seseorang yang apabila melaksanakan sesuatu pekerjaan, dilaksanakannya dengan tekun ]
setiap manusia memerlukan ilmu kerana ilmu adalah cahaya penerang jalan..oleh itu marilah para pembaca bersama sahabat pena berusaha dengan tekun mencari seberapa banyak ilmu kerana ilmu itu luas bidangnya..seperti mana ilmu pengetahuan yang terdapat di dalam Al-Quran..oleh itu kita sewajarnya berusaha semampu mungkin memahami intisari-intisari ayat yang terdapat di dalamnya
wallahua'lam




