AHLAN WASAHLAN

AHLAN WASAHLAN

Sunday, August 21, 2011

pemburuan TERAKHIR

alhmdulillah setelah sekian lama menyepi akhirnya tergerak juga hati ini untuk menulis nasihat2-nasihat ataupun peringatan untuk kita sama bermuhasabah insyaALLAH...sebagaimana yang diketahui kita sekarang sudah berada di akhir bulan ramadhan...mungkin juga ramai yang mengetahui tentang lailatul qadar...diri ini terasa untuk mengulas sedikit berkenaan dengan lailatul qadar untuk kita semua insyaALLAH

sebelum kita mebincangkan berkenaan malam lailatul qadar ini...ingin sekali mengingatkan diri ini bersama para pembaca  supaya tidak terlalu gembira untuk menyambut eidulfitri tanpa mengetahui maksud sebenar kenapa diadakan eidulfitri...ada sesetengah masyarakat menyalah tafsir bahawa eidulfitri ini tujuannya untuk menyambut tamatnya ramadhan al mubarak...sebenarnya hari raya ini disambut untuk memberi berita gembira kepada rasulullah dan para sahabat setelah mereka bertungkus lumus mencapai kemenangan dalam peperangan badar al-kubro..


berbalik kepada malam lailatul qadar...apakah dia malam lailatul qadar:

Malam Lailatul Qadar adalah malam yang sejahtera dan selamat dari segala kejahatan dari awal malam sehinggalah terbit fajar. Memberi erti kebaikan menyelubungi sepanjang malam Lailatul Qadar. Tentulah hampa bagi mereka yang lalai yang tidak ambil berat tentang malam Lailatul Qadar, namun ia tetap datang disetiap bulan Ramadhan. 
Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya: " Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "



Bermaksud: [1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam
Lailatul-Qadar, [2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran
Malam Lailatul-Qadar itu? [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana
membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); [5]
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
Perbincangan mengenai Lalilatul Qadr, tidak dapat tidak mestilah bersandarkan
kepada Surah Al-Qadr. Surah ini diturunkan sesudah Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah
ke Madinah. Justeru, Surah Al-Qadr menceritakan sesuatu yang cukup istimewa yang
memerlukan keyakinan tinggi untuk mempercayainya.
wallahua'lam

Saturday, July 30, 2011

pentingkan RAMADHAN daripada SYAWAL



 alhmdulillah semakin dekat dan hampir kita kepada bulan yang penuh barakah...di dalam nya terdapat keistemewaan yang berlimpah kali ganda lebih baik daripada bulan-bulan islam yang lain... RAMADHAN datang membawa seribu satu pahala untuk direbut dan digapai demi mencari keredhaan dan keberkatan daripada yang maha esa...ucapan syukur kita kerana masih lagi dapat bertemu dengan bulan RAMADHAN al-mubarak..dipanjangkan umur kita,diberikan kesihatan untuk sama-sama melakukan amal ibadah berlipatkali ganda



Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Ketika datang bulan Ramadhan: sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka diharamkan kebaikannya bagi siapa yang tidak beramal baik di dalamnya, sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini”.

(Hadis riwayat Ahmad, Nasai dan Baihaqi)
 
 
 
namun di dalam keghairahan menyambut bulan yang penuh keberkatan ini masih terdapat hati-hati manusia yang lebih suka menyambut bulan SYAWAL berbanding bulan RAMADHAN...mungkin kerana pada bulan SYAWAL mereka akan dapat berjumpa saudara-mara..dapat menikmati hidangan kuih-mueh dan lain-lain..budaya seperti ini perlulah dikikis daripada masyarakat islam.
 
selain itu ingin sekali berpesan pada diri yang kerdil ini dan kepada para pembaca jangan jadikan bulan RAMADHAN sahaja sebagai bulan beribadah tetapi perlulah di teruskan pada masa-masa lain kerana istiqomah sangat memainkan peranan yang sangat penting

 Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Solat lima waktu, solat Jumaat sampai solat Jumaat berikutnya, puasa Ramadhan sampai puasa Ramadhan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat di antara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi”.

(Hadis riwayat Muslim) 
 
 
 

Dari Sahal bin Sa’ad, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Bahawa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut “Rayyaan”. Pada hari kiamat dikatakan: Di mana orang yang berpuasa? (untuk masuk jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir antara mereka sudah memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu”.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa puasa Ramadhan kerana beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang”.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
 



semoga pada bulan yang terbaik ini kita dapat melakukan amal ibadat berlipatkali ganda berbanding amal ibadat sebelum ini..wallahu'alam

Monday, July 18, 2011

Cinta....cinta dan cinta

View Image 


Cinta??mungkin semua mengalami hal seperti ini...cinta itu adalah fitrah bagi manusia...cinta adalah satu aspek yang boleh dikaitkan dengan hati...kita akan bercinta sama ada cinta kepada tuhan yang maha agung iaitu ALLAH atau kepada makhluk ciptaannya samaada manusia atau alam sekitar...realiti nya manusia pasti akan mencintai golongannya sendiri iaitu manusia...contoh lelaki akan bercinta dengan perempuan... dan perempuan akan bercinta dengan lelaki..=)..



View Image




perbezaannya cinta kepada ALLAH adalah cinta yang sebenarnya...berbanding dengan cinta kepada manusia sendiri kerana tidak akan kekal lama cinta itu...cinta kepada manusia dibolehkan tetapi perlu ada batas2 tertentu...
Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama- sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya." 


seandainya hati sudah berkenan,mampu untuk berumah tangga,ada tanggungjawab maka percepatkan perkahwinan untuk mengelakkan daripada berlakunya fitnah,zina dan sebagainya...

pada kawan-kawan ku yang sudah punya calon dan masih tidak bernikah cepatkanlah eh...kalau macam hamba ni masih lagi belum ada jadi boleh la rileks2...=)...

pesanan untuk teman dan pembaca cari pasangan yang solehah..indah budi pekertinya...melaksanakan sunnah rasulullah...dekatkan diri dengan tarbiyyah..melaksanakan yang sunat...ciri keibuan seperti isteri-isteri nabi..ciri kebapaan seperti ana eh silap seperti rasulullah..:p  insyaALLAH semoga bahagia dunia akhirat



insyaALLAH semoga video ni jadi sentuhan hati yang sedang bercinta...p/s untuk teman yang telah menjumpai calon masing-masing...bina lah generasi yang muttaqian aminn

wallahu'alam

Thursday, July 7, 2011

pembakar semangat pembela agama...cinta kita pada ALLAH yang satu

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,
telah berjumpa dalam taat padaMu,
telah bersatu dalam dakwah padaMu,
telah berpadu dalam membela syari’atMu.
Kukuhkanlah, ya Allah, ikatannya.
Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur cahayaMu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan
keindahan bertawakkal kepadaMu.
Nyalakanlah hati kami dengan berma’rifat padaMu.
Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah. Amin. Sampaikanlah kesejahteraan, ya Allah, pada junjungan kami, Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabatnya dan limpahkanlah kepada mereka keselamatan.



semoga ALLAH sentiasa membantu para mujahid untuk terus berjuang... 
 kami semua berlindung di bawah naungan mu....

Saturday, July 2, 2011

KELEBIHAN dhuha =)

h_mj1.jpg (44790 bytes)

Maksudnya :"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dhuha mempunyai pelbagai kelebihan oleh kerana itu dhuha seringkali dijadikan amal ibadah baginda s.a.w. a Amalan ini adalah salah satu sunnah yang ditinggalkan Rasulullah s.a.w kepada kita semua untuk dijadikan amalan dan beristiqamah dengan setiap amalan yang kita kerjakan



h_mj3.jpg (59550 bytes)

h_mj5.jpg (72131 bytes)
h_mj6.jpg (71499 bytes)

Tuesday, June 14, 2011

MemaKmurkan RUMAH ALLAH :)


“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (Surah At-Tahrim : Ayat 6)
Seperti mana yang telah dinyatakan dalam al-quran al karim bagaimana keadaan api neraka itu..bagaimana panasnya api neraka mengalahkan api yang ada di muka bumi ini...tapi kenapa masih ada insan yang tidak pernah merasa gentar dengan kehebatan ALLAH s.w.t...seolah-olah dunia ini akan kekal bersama mereka untuk selama-lamanya,,,,dan apakah kita dikalangan orang-orang ini...emm tak dapat kita bayangkan keadaan kita di sana kelak... selagi masih ada masa selagi itu kita perlu tambahkan amal-amal kita insyaALLAH..
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Ankabut : Ayat 45)  
 Apakah telah cukup solat kita??
apakah kusyu' solat kita??
apakah sempurna solat kita??
kenapa semakin lama semakin kurang jemaah di masjid..
apakah kerana penat bekerja??
atau kerana terlalu sibuk bekerja??

wallahu'alam..sama-sama kita renungkan